Archive

Archive for the ‘Apa saja’ Category

Edit Gambar Anda

May 30, 2010 3 comments

Baru-baru ni saya menghadiri satu majlis isitu Majlis Konvokesyen adik ipar saya di UiTM Shah Alam, Selangor. Meriah betul majlis tu, tapi biasalah panas. tambah sekarang musim panas. Best gak dok Majlis macam tu, boleh tengok gelagat orang. Macam-macam gelagat orang yang dapat kita perhatikan. Apabila sampai Di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, mak dah ayah masuk ke tempat pendaftaran untuk masuk ke dewan. Aku pulak, biasa lar mencari port yang agak strategik, tak panas, nampak skrin dengan jelas dan luas pemandangan.

Apa yang saya nak kongsi kan di sini, susahnya untuk ambil gambar kenangan di kawasan sekitar tu. Fuh! ramai betul orang, masing-masing nak bergambar. Maklumlah sekali dalam hidup, entah lepas ni dapat ke tidak untuk pakai jubah macam tu. Saya yakin dan percaya bahawa kebanyakkan graduan yang hadir pada hari itu, kebanyakkannya sambung lagi pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Masa nak rakamkan gambar, susah sangat nak cari post yang cantik dan baik, apa lagi dapat jer angle, apa lagi shoot lar. Jangan ditangguh-tangguhkan, nanti tak dapat oarang lain sapu. Bila balik umah, tengok balik gambar tadi alamk punya lah huru hara. Bagi sesiapa yang menghadapi masalah seperti saya, sya ada penyelesaiannya iaitu fotoshop. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya. Kalau kat luar sana harganya boleh cecah sampai RM30 sehingga RM 60 sekeping. Tapi dengan saya harga boleh runding. Apa yang pasti mesti ada soft copy gambar asalnya. Ini contohnya

SELAMAT HARI IBU…

May 11, 2010 Leave a comment

Hari ahad yang baru berlalu, seluruh dunia menyambut hari ibu, tidak ketinggalan anak aku Mirza Nabihah Bt Munir, mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat isteriku, iaitu ibunya. Dia sempat membeli sekuntum bunga dan membuat sekeping kad mengucapkan Selamat Hari Ibu. Amat terharu hati ibunya melihat betapa kasihnya anaknya kepada ibunya. Read more…

Categories: Apa saja

Batik Pilihan Anda

May 3, 2010 Leave a comment

Susah untuk dapatkan batik. Di sini saya ada menawarkan pilihan batik kesukaan tuan puan yang pastinya akan memuaskan hati. Tidak perlu ke kelantan atau ke Terengganu atau ke butik atau ke Central Market atau kilang. Tuan puan hanya menekan keyboard dan mouse tuan puan dan punat-punat pada telefon bimbit anda, insya Allah dalam masa 1 minggu anda akan dapat sehelai atau dua helai atau berapa saja kesukaan anda dan sampai ke rumah tuan puan Read more…

Categories: Apa saja
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.